#Quotes

When you think you're not happy with your life, always think that someone is happy simply because you exist.

Sunday, 30 August 2015

Pantun 4 kerat ~ keluarga ~

Pohon bidara di istana lama,
     Hidup dijaga tinggi menjulang ;
Aman sejahtera riang bersama, 
     Impian keluarga hidup cemerlang.

Bulan bercahaya di alam semesta,
     Melimpah cahaya di tepi tangga; 
Gemar berkarya dan juga mencipta,
     Keluarga berjaya masyarakat bangga.

Pandu kereta ke Bukit Tangga, 
     Cuaca redup sekian lama; 
Kejayaan kita dorongan keluarga,
     Kebahagiaan hidup kita bersama.

Buah labu di dalam raga, 
     Air pegaga di dalam kendi;
Kasih ibu membawa ke syurga,
     Kasih keluarga kekal abadi. 
    

Saturday, 29 August 2015

Hari Raya Aidilfitri

 

Cikgu Fauziah , Ckigu Ezriyana , Raihana, ibu saya , cikgu diyana , syafiqah , me , balqis, damia, karmila





             Pada pagi hari raya , ibu saya mengejutkan saya pada awal pagi untuk mandi sunat hari raya. Selepas itu, ayah saya  membawa saya ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah untuk menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri. 


Inilah masjidnya...

           
Inilah pakaian saya pada pagi itu.
Gambar ini diambil ketika saya beraya di rumah Damia 














              
            Kami pun pulang ke rumah.Apabila sampai di rumah kami pun bersalam-salaman memohon maaf sesama sendiri. Kemudian, kami menonton televisyen.Terdapat banyak cerita yang menarik di kaca tv. 


       Pada 14 August 2015 sekolah saya mengadakan 'Merdeka Raya'. Majlis ini adalah untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang akan berlangsung dan Hari Raya Aidifitri.Pada hari itu , murid - murid diwajibkan memakai baju hari raya atau  apa-apa baju selain baju sekolah. 

       Pada pagi itu, saya , +Nur Camelia Balqis  +Damia Afrina   +sufiyya Zahrul    dan ramai lagi ditugaskan untuk mengambil makanan semua pelajar darjah 5 ntuk dibawa ke gerai. Semua darjah mempunyai gerai masing-masing. Gerai itu terdapat di Multi Purpose Hall (MPH) sekolah kami. 

        Majlis itu berlangsung pada pukul 9:30 pagi. Waktu itu adalah waktu rehat sekolah kami. Majlis itu dimulakan dengan bacaan doa dari Ustaz Ibad. Pengurusi majlis pada hari itu ialah Cikgu Zul dan Cikgu Arfah. Selepas itu , Guru Besar sekolah kami iaitu Puan Faeiza telah melancarkan majlis itu. Seterusnya, persembahan dari Kelab Irama Tari sekolah kami membuat persembahan. Di samping , terdapat juga persembahan  daripada gabungan Persatuan Puteri Islam,Persatuan Bulan Sabit Merah , Persatuan Pandu Puteri Tunas , Persatuan Kadet Remaja Sekolah dan Persatuan Pengakap.Kemudian, persembahan daripada wakil murid 5 Cerdas membaca sajak.Akhir sekali, persembahan dari kelab nasyid  dan banyak lagi. 

   Ini adalah gambar sampingan ketika berada di rumah terbuka  +Damia Afrina.  

Di sebelah kiri tu Syafiqah......


Yang belah kanan tu Karmila +Sharifah Nur Karmila Syed Azman 




ha ni lah masalahnya kalau x pandai pakai tudung selendang


ha cendoi hahahaha +Nur Camelia Balqis 

Ha ni Nurin selalunya dia x malu poun tangkap gambar dia tapi hari tetiba pulak malu

mmmmmmm nyum nyum nyum

ha nilah Balqisnya +Nur Camelia Balqis 

hahahah buruk .... x macam orang tu +nuha sheerin 

Ni  awal tu sbb x ramai orang

hahahaha buruk  x cantik macam orang tu .... +nik sumaya 

hahahaah buruk bhaiiii x cantik macam org tu... +nur fatihah 

ni hari pertama raya






So cukup sampai sini jelah......   ye.......T_T
tata titi tutu  ,              
Salsa off dulu            
hahaaha.   

                  
                                    

Thursday, 13 August 2015

Hobi saya

          Saya mempunyai banyak hobi seperti bermain video game, menyanyi, menjahit dan berbagai lagi. Menurut kajian yang dijalankan oleh Laura Padilla-Walker dari Universiti of Brigham, Utah, para bapa yang selalu menghabiskan masa bermain video game bersama anak perempuan mereka akan menjadikan anak perempuan mereka lebih gembira, sihat dan akan lebih akrab dengan ahli keluarga yang lain. Seorang remaja yang memiliki hobi menyanyi, akan terus mengembangkan nyanyiannya dengan lagu- lagu yang beragam dan juga bermacam- macam.Menjahit memang sudah menjadi tugas seorang perempuan.... Jom baca dengan lebih teliti tentang hobi saya....


1) Bermain video game 
     - Criminal Case - 

    



         
          Kes Jenayah (biasanya disingkatkan sebagai "CC") adalah permainan objek tersembunyi detektif-bertemakan dikeluarkan pada 15 November 2012 untuk Facebook. Versi iOS dikeluarkan di seluruh dunia pada 28 Ogos, 2014, diikuti dengan versi Android pada 15 April, 2015. Dibangun dan diterbitkan oleh studio indie Perancis Pretty Mudah, Kes Jenayah mempunyai lebih daripada sepuluh juta pengguna bulanan purata. Pada 9 Disember 2013, Kes Jenayah dinobatkan Game Facebook Tahun 2013.



          
Dalam Kes Jenayah, pemain bertindak sebagai detektif untuk menyelesaikan pembunuhan, mencari petunjuk yang berkaitan di tempat kejadian jenayah dengan mengklik item di tempat kejadian. Lokasi petunjuk Rapid diberi ganjaran dengan skor yang lebih besar; Pemain yang mendapat bintang yang kemudiannya boleh digunakan sebagai sejenis mata wang untuk menjalankan tugas yang diperlukan seperti memeriksa bukti dan menyoal siasat suspek. Pada akhir setiap kes, pemain dibentangkan dengan suspek dan mesti menangkap orang yang memenuhi semua kriteria yang diperoleh sepanjang siasatan. Jika keputusan itu adalah betul, kes itu tidak diselesaikan. Untuk membuka kunci mana-mana yang datang selepas itu, pemain dikehendaki mengisi jawatan-dakwaan bab kes diselesaikan pertama - walaupun proses ini tidak terpakai bagi kes yang pertama dalam permainan. Terdapat juga unsur-unsur teka-teki dan pelbagai ciri-ciri bonus bersepadu ke dalam permainan.




2) Menyanyi 
    -  Let's not fall in love ( Bigbang ) -




     

          If you weren’t distracted by the amazing visuals of Bigbang's latest music video “Let’s Not Fall In Love,” you might have heard what these VIPs did.


          Bigbang released their final made single E on August 5th featuring the group song “Let’s Not Fall In Love” and the GD & TOP unit comeback song “Zutter.”

         During “Let’s Not Fall In Love,” fans found a hidden message provided by the members during the break of the track in the music video. In a fan made video that was titled Bigbang's ‘Let’s Not Fall In Love’ Backward Masking,” they have clipped the hidden message for those who missed it and played it in reverse.


          A female voice is first heard saying in Korean, “You always do this,” and a male voice says backwards in English, “Sorry, it’s not you, it’s me.” The girl replies, “You selfish bastard.”

         Many are confused as to why it was chosen for the male to say “Sorry, it’s not you, it’s me” backwards instead of normally in the original recording.



3) Menjahit 
    - Batu seremban -






Cara-cara membuat batu seremban :


1. Potong kain ikut saiz yang dikehendaki. 


2. Jahit tepi dan bawah, tinggalkan satu bahagian terbuka.


3. Terbalikkan casing batu seremban.


4. Cucuk gunakan pen atau pensel untuk memudahkan               

     proses membentuk semula casing batu seremban.

5. Lipat kedalam sedikit sebelum masukkan kacang untuk 
    memudahkan proses jahit sembat nanti. 

6. Masukkan kacang, saya gunakan kacang hijau.


7. Jahit sembat untuk tutup batu seremban tadi.